Saturday 11 February 2012

Cinta Ulama vs Cinta Kekasih~

Dengan nama Allah SWT yang Maha APemurah lagi Maha Penyanyang..

Alhamdulillah, dgn rahmat Allah SWT kita masih berdiri berbaki usia yang diberikan yang semakin lama semakin singkat..Renungkanlah..

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad.
Moga bersinar iman di hati kita dengan sentiasa mengingati Allah SWT dan Baginda SAW..

Tanggal 14 feb selalu dikaitkan dengan hari valentine day atau selalu disebut hari kekasih yang kadang-kadang ramai di sambut sendiri oleh individu muslim.. Hakikatnya, ia boleh menjejaskan akidah muslim itu sendiri tanpa ia sedari.. Na'uzubillah..

Dikatakan hari ini ialah
" Roh Perayaan yg mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yg bercampur dgn perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam"
(Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia yg bersidang kali ke 17)

Keratan akhbar Sinar Harian, ahad 13 Feb 2011 menyatakan semula apa yang dikatakan oleh Khairi Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia) "Selagi dosa tidak dilakukan, tidak mengapa untuk turut diraikan"

" Berwaspadalah terhadap Syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa dalam menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil "


Dalam Islam hanya 2 perayaan yg diraikan bertepatan sabda Nabi Muhammad SAW:
" Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing dan ini (aidil fitri dan aidil adha) adalah perayaan kita " (Riwayat Bukhari Muslim)


Dalam pada itu, tarikh pada hari ini 12/02 1946 adalah tarikh yg mungkin kita tidak tahu iaitu perginya waris anbiya' as-Syahid Imam Hassan al-Banna yang banyak menyumbangkan idea dan perjuangannya dalam menentang rejim Mesir yg Zalim untuk menaikkan martabat Islam di Mesir.

Adakah kita juga akan bersama mereka yang perjuangkan hak dan Islam keseluruhannya?? Bersamalah dengan pengamalan syariat dan hukum yang telah Allah SWT aturkan dengn sempurna untuk manusia sebenarnya.. Cuma kadang-kadang bisikan nafsu dan Syaitan itu lebih utana diikuti, moga kita dijauhkan dari ajakannya yg menyesatkan.. Amin..

Jadilah agen kepada diri sendiri dan orang lain untuk jadi lebih baik...Sedikit tidak mengapa, asalkan ada yg kita sumbangkan untuk Islam.. Wallhua'alam.

Jom Join Nisa' ^_^


Friday 10 February 2012

Nabi Terakhir~ Wujudkah CINTA kita kepadanya..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang..

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan rahmat dan kasih sayang-Nya kita masih bernyawa di bumi ciptaan-Nya, kita masih lagi makan dengan rezeki-Nya, kita masih lagi hirup udara segar untuk terus hidup menjadi hamba dan manusia yang bersyukur dengan kenikmatan ini, insya Allah..

"Amat beruntung bagi orang-orang yang mengetahui.."

Selawat dan salam kepada junjungan kita yang mulia, Nabi Muhammad SAW. Di utus Allah SWT kepada umat akhir zaman untuk merungkai segala permasalahan dan perselisihan manusia dan mengikuti jalan yang benar sehingga hari ini.. Allahuakbar!!

" Manusia itu adalah umat yang satu (selepas timbul perselisihan), maka Allah mengutuskan para Nabi, sebagai pemberi berita gembira dan pemberi peringatan dan Allah menurunkan bersama mereka kitab dengan benar, bagi memberi keputusan antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang kitab itu melainkan orang yang di datangkan mereka kitab, iaitu selepas didatangkan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka, Allah memimpin orang-orang yang beriman kepada kebenaran yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya dan Allah selalu memberi petunjuk kepada orang-orang yang dikehendakinya ke jalan yang lurus "
(Al-Baqarah:213)

Manusia itu pada asalnya mengikut petunjuk agama sebenar. Mereka bertelingkah, lalu melakukan kejahatan di bumi dengan menentang jalan yang sebenar. Ada diantara mereka mencipta jalan sendiri. Kekufuran dan tipu daya syaitan menyebabkan mereka lupa atau sengaja melupakan jalan Allah. Maka, disinlah peranan Nabi yang Allah SWT utuskan untuk mengembalikan mereka ke jalan yang sebenar di samping pembawa berita gembira dan peringatan.


Gambar hiasan sebagai peringatan.. :)
Berikutan peristiwa hari kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal, Nisa Sg. Besar menyeru kepada ayahanda, ibunda, sahabat-sahabat, rakan taulan bersama mempraktikkan salawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW bukan pada kelahiran baginda sahaja kita berselawat, tetapi bila-bila masa dan dimana sahaja kita berada. Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad.

Teringat satu peristiwa di mana seorang sahabat berkejar untuk memenuhi jemputan Majlis sebagai seorang penceramah. Dalam masa yang singkat, perjalanan berjalan sangat lancar menerusi lampu hijau yang sentiasa tersedia untuknya meneruskan perjalanan. Alhamdulillah dengan berkat selawat yang selalu bermain dibibirnya, ia menjadi pemudah di dunia dan insya Allah menjadi syafaat untuknya di akhirat kelak..

Istiqamah selawat padanya, Bersama merasai perit jerih Baginda pada jalan Dakwah ini,
Yang berliku dan beronak duri,
Kitalah penyambung warisan Nabi,
Al-Quran dan Al-Sunnah
Pembimbing Umat manusiawi,
kelak kita akan bertemu utusan Rabbul Izzati.. Insya Allah..

Wallahua'alam..



Saturday 4 February 2012

Kempen Anti Zina~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang,

Alhamdulillah, dengan nikmat Iman dan Islam yang Allah swt berikan kita masih lagi bernyawa dalam syariatnya, insya Allah.

Nisa' berpandangan amat penting untuk bersama mereka yang membenteras aktiviti-aktiviti sosial anak-anak muda khususnya kawasan Sg. Besar dan Malaysia amnya. Oleh itu, Nisa' mengambil pendekatan menyertai mana-mana badan NGO lain atau Pertubuhan untuk bersama membersihkan akidah dan pegangan umat Islam. JOm join Nisa' Sg Besar!!! :)

Ajk Nisa' yg bersama...
Edaran risalah kepada anak muda..
Bersama Ngo dan sahabat-sahabat lain..

Program dan Aktiviti Nisa' yg Lepas~

MAWAR ( Mari Warnai Alam Remaja ) 2010

Riadah Bersama Ajk Nisa'
Adik-adik yg Mewarnai :)
Slot Motivasi
Bersama Cg Zana..

Slot Replika Cinta.. Adik-adik yg kreatif :)
Sesi Pembentangan...
Mari Berhibur.. Sedap suara adik-adik ni rupanya :)
Penghargaan yang tidak terhingga kepada ajk Nisa' dan mereka yang membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung.. Jom join Nisa'! Banyak program yang boleh anda sertai..^_^

Program dan Aktiti Nisa' yg Lepas~


Program Puteriku Sayang 2009 bersama Nisa' Malaysia ^_~



 

::  XPDC Sungkai Sahabat Masjid Makmuriah Sg. Besar 2010 ::

 
Sesi bengkel bersama Cg Nizam :)



Wednesday 1 February 2012

Sukan Rakyat~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang..

Alhamdulillah, akhirnya terlaksana jua program Sukan Rakyat zon 5 ( Kg Simpang 5, Sg. Nipah, Parit 13, Tali air 12 dan Bt 23) yang di anjurkan  oleh PKM Dun Sg. Panjang di mana sukan ini melibatkan ajk-ajk Nisa Sg. Besar, JKKK dan muslimah pada 23 Januari 2012.

Terima kasih juga kepada mereka yang turut menjayakan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Wallahua'alam.


Acara remaja: mencari objek tersembunyi..

Acara Kanak-kanak: mencari padanan kasut..

Acara ibu: masakan..

 Antara ahli Jawatankuasa Kampung Sg. Nipah yang turut hadir..

Forum Wanita~


Sepetang Bersama Selebriti Waheeda dan Dato Sarimah ^_^
Dewan Tun Razak Sabak Bernam, Selangor
25 Dis 2011




Bersama ahli-ahli nisa yang turut sama membantu..