Saturday 11 February 2012

Cinta Ulama vs Cinta Kekasih~

Dengan nama Allah SWT yang Maha APemurah lagi Maha Penyanyang..

Alhamdulillah, dgn rahmat Allah SWT kita masih berdiri berbaki usia yang diberikan yang semakin lama semakin singkat..Renungkanlah..

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad.
Moga bersinar iman di hati kita dengan sentiasa mengingati Allah SWT dan Baginda SAW..

Tanggal 14 feb selalu dikaitkan dengan hari valentine day atau selalu disebut hari kekasih yang kadang-kadang ramai di sambut sendiri oleh individu muslim.. Hakikatnya, ia boleh menjejaskan akidah muslim itu sendiri tanpa ia sedari.. Na'uzubillah..

Dikatakan hari ini ialah
" Roh Perayaan yg mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yg bercampur dgn perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam"
(Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia yg bersidang kali ke 17)

Keratan akhbar Sinar Harian, ahad 13 Feb 2011 menyatakan semula apa yang dikatakan oleh Khairi Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia) "Selagi dosa tidak dilakukan, tidak mengapa untuk turut diraikan"

" Berwaspadalah terhadap Syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa dalam menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil "


Dalam Islam hanya 2 perayaan yg diraikan bertepatan sabda Nabi Muhammad SAW:
" Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing dan ini (aidil fitri dan aidil adha) adalah perayaan kita " (Riwayat Bukhari Muslim)


Dalam pada itu, tarikh pada hari ini 12/02 1946 adalah tarikh yg mungkin kita tidak tahu iaitu perginya waris anbiya' as-Syahid Imam Hassan al-Banna yang banyak menyumbangkan idea dan perjuangannya dalam menentang rejim Mesir yg Zalim untuk menaikkan martabat Islam di Mesir.

Adakah kita juga akan bersama mereka yang perjuangkan hak dan Islam keseluruhannya?? Bersamalah dengan pengamalan syariat dan hukum yang telah Allah SWT aturkan dengn sempurna untuk manusia sebenarnya.. Cuma kadang-kadang bisikan nafsu dan Syaitan itu lebih utana diikuti, moga kita dijauhkan dari ajakannya yg menyesatkan.. Amin..

Jadilah agen kepada diri sendiri dan orang lain untuk jadi lebih baik...Sedikit tidak mengapa, asalkan ada yg kita sumbangkan untuk Islam.. Wallhua'alam.

Jom Join Nisa' ^_^


No comments:

Post a Comment